Guna Agama Untuk Majukan Bisnes

Guna Agama Untuk Majukan Bisnes

Sekarang, zaman telah banyak berubah. Jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lampau (zaman kecil-kecil – era 80, 90an), agama Islam di tanah air ini berkembang baik yang memberikan kefahaman dan kemahuan untuk lebih faham berkenaan Islam. Jika kita lihat, di media-media, telah banyak perkongsian-perkongsian Ilmu yang meluas daripada segenap sudut, ekonomi, akhlak, ibadah dan sebagainya.

Ummat Islam kini kelihatannya dahagakan pengisian sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan bekal dalam diri. Namun, tidak dinafikan juga cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi masakini dengan kehadiran pelbagai ideologi, fahaman dan kecelaruan pemikiran yang digembar-gemburkan.

Cuma yang menarik, saya ingin kongsikan perkongsian daripada Dr MAZA (Dr Asri – Bekas Mufti Perlis) berkenaan salah guna Agama dalam melariskan perniagaan. Petikan ini diambil daripada FB beliau, dan semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau atas usaha ini.

Petikan FB DrMAZA:

dr maza

JANGAN SALAHGUNAKAN AGAMA UNTUK BISNES

Islam adalah matlamat yang dituju, bukan alat yang dipergunakan. Malangnya dalam masyarakat hari ini, banyak keadaan menunjukkan Islam itu tidak lebih daripada alat yang dipergunakan. Islam dipergunakan untuk keuntungan peribadi, perniagaan, politik dan lain-lain. Islam diperlakukan oleh sesetengah pihak bagai pelaris jualan. Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklan barang. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai.

Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata. Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan, tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim. Namun dinding kedainya dipenuhi ayat al-Quran. Maka ayat al-Quran itu bukan pegangan hidupnya, tetapi alat yang dipergunakan untuk kepentingan dirinya. Bukan sedikit orang yang seperti tuan kedai itu dalam masyarakat kita. Mungkin bidang kepentingan dan caranya berbeza-beza, tetapi perbuatan mengeksploitasikan agama itu adalah sama.

USTAZ PRODUK

Saya kurang bersetuju apabila ada syarikat produk tertentu yang melantik penceramah-penceramah agama sebagai duta produk mereka. Bimbang nanti para penceramah ini akan berceramah ke sana sini menggunakan nas-nas agama itu dan ini untuk dikaitkan dengan produk yang dia didutakan. Jadilah agama mainan ‘golongan peniaga’ dalam mempengaruhi orang awam. Hadis-hadis yang entah daripada mana asalnya, atau yang tidak sahih dikeluarkan untuk melariskan produk.

Read More Read More

%d bloggers like this: