Didik Anak untuk Menghargai Ibubapa

Didik Anak untuk Menghargai Ibubapa

 

parents-love 2

Jadi, sekarang, bagaimana caranya untuk kita didik anak-anak agar menghargai ibubapa mereka nanti, insya Allah.

1. DOA

Doa merupakan langkah pertama dalam melakukan apa jua. Doa menjadikan kita seorang yang berserah diri kepada Allah dan sentiasa mengharapkan kebaikan dan pertolongan Nya.

Walaupun mereka sudahpun berumur, mungkin 40 tahun, tiada batasan masa dalam berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Allah pasti akan mengkabulkannya. Insya Allah.

Setiap ibubapa perlu berdoa sekerap yang mungkin, seperti yang diteladani daripada Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria untuk anak-anak mereka.

Doa Nabi Ibrahim:

رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-saafat ayat 100)

Dan, doa Nabi Zakaria:

هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥ‌ۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. (Surah Ali Imran ayat 38)

2. TUNJUK TELADAN YANG BAIK

Anak-anak akan mencontohi sikap dan perangai ibubapa. Sekiranya mereka melihat kita amat menghargai dan mengambil berat ibubapa kita, melihat kita sentiasa menziarahi ibubapa, mendapatkan keperluan-keperluan mereka dan apa yang mereka suka, sentiasa beramah mesra dengan ibubapa kita dan membantu kerja-kerja ibubapa kita, insya Allah, perasaan atau sikap menghargai dan menjaga ibubapa akan tertanam pada anak-anak. Ini kerana anak-anak akan mencontohi perangai ibubapa. Insya Allah ia akan datang secara semulajadi.

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ إِحۡسَـٰنًا‌ۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬ا‌ۖ وَحَمۡلُهُ ۥ وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًا‌ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” (Surah al Ahqaf ayat 15)

3. BERIKAN TUGASAN YANG MUDAH UNTUK KANAK-KANAK

Suatu perkara yang perlu mereka tahu, bahawa kita juga penat dan perlukan rehat. Perlukan kasih sayang dan perhatian. Inilah masanya untuk kita arahkan mereka untuk pertolongan-pertolongan yang mudah.

“Ahmad, boleh berikan ibu air segelas, ibu letihlah…”

“Ayah dah balik, boleh tolong angkat barang-barang ayah…”

Tugas-tugas ini memang mudah, dan mereka boleh lakukan dengan mudah. Ia akan menjadikan satu rutin harian dan mereka faham, kehidupan dalam rumah dan keluarga perlukan kasih sayang dan tolong menolong. Saling menghargai. Namun jangan lupa untuk memberikan rasa gembira pada mereka, jangan terlalu stress.

Ingatlah, anak-anak ini suka belajar, namun mereka tidak suka ditekan atau dipaksa. Gunakan bahasa yang lembut.

4. AJARKAN DOA-DOA MELALUI TELADAN

Pastikan anak-anak melihat kita sentiasa berdoa kepada kedua ibubapa kita, samada semasa selepas solat berjamaah di rumah, atau di masjid. Ini menjadi teladan yang baik kepada mereka, agar satu hari nanti ia akan mendoakan kita, insya Allah.

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Isra’ ayat 24)

Mulakan dengan doa-doa yang mudah, seperti dalam surah al Isra di atas, agar mereka belajar dan belajar…

5. PUJI MEREKA UNTUK KEBAIKAN MEREKA

Luahkan rasa gembira kita apabila mereka melakukan kebaikan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kejayaan mereka. Beritahu mereka yang kita amat bertuah mendapat seorang anak seperti mereka. Hargai mereka.

Hal ini jelas, kerana mereka amat berhaga bagi kita.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Apabila mati anak adam, maka terputuslah amalan, melainkan 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakannya. – Sahih Muslim

AKHIR KATA

Sentiasalah bersyukur atas kurniaan seorang ibu dan seorang bapa, yang telah penat dan lelah dengan karenah kita sejak kecil. Tanamkan juga rasa syukur itu ke dalam diri anak-anak agar mereka turut menghargai ibubapa dan saling kasih mengasihi.

Leave a Reply

%d bloggers like this: