Diringankan Azab Kubur

Diringankan Azab Kubur

Diringankan Azab Kubur disebabkan pelepah tamar.

“Nabi s.a.w melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:

“Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum solat, dimestikan kita bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar, juga bersih pakaian kita daripada najis. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda seperti hadith di atas.

Ia menceritakan tentang dua orang yang diazab dalam kuburnya. “Adapun salah seorang daripada mereka, dia tidak bersih (tidak berjaga-jaga) daripada kencingnya.” (al Bukhari dan Muslim)

Rasulullah dengan kelebihan baginda, Allah telah memperdengarkan azab kubur tadi, dan apa yang telah Rasulullah telah lakukan adalah, Baginda mengambil pelepah tamar lalu memacakkan pada kubur tadi. Selagi mana pelepah tamar ini belum kering, maka diringankan azab kubur mereka berdua.

Wallahua’lam

rujukan: Kitab Fekah Mazhab Syafie (Jilid 1) bab syarat sah sembahyang. m/s 147.

%d bloggers like this: