Nikah Dahulu atau Baiki Diri?

Nikah Dahulu atau Baiki Diri?

Sebagai hamba Allah, yang tidak memiliki sifat maksum atau terpelihara daripada melakukan dosa, sudah tentu tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa. Mungkin dosa tersebut melibatkan soal akhlak, aurat, solat, puasa dan sebagainya.

Dosa tetap dosa, namun dengan sifat sesal atas apa yang dilakukan itu adalah lebih baik daripada mereka yang langsung tidak rasa apa-apa, bagi mereka itu adalah perkara yang remeh, tidak menjejaskan apa-apa.

Nikah juga ibadah, dan ia juga merupakan suatu tuntutan yang besar dalam agama Islam. Ia melengkapi keperluan asas seorang manusia biasa. Jika tidak, masakan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah menurunkan persoalan nikah?

Namun, kadang-kadang timbul juga persoalan, manakah yang lebih utama antara melengkapkan diri dengan asas-asas agama sebelum nikah atau selepas nikah. Memang nikah adalah ibadah, namun jika tidak dengan jalan-jalan yang benar, ia juga mampu menjadi punca maksiat.

Ilmu asas agama sememangnya diperlukan dalam membina rumah tangga yang makmur. Semua antara kita pasti meyakini tentang hal ini. Apa sahaja perlukan ilmu. Hinggakan ada mereka yang menangguhkan persoalan nikah ini pada diri mereka dengan tujuan memperbaiki diri dahulu sebelum memasuki alam berumah tangga hinggalah dirasakan sempurna.

Alasan mereka, bagaimana hendak berdua jika hidup bujang pun masih kotor, berdosa. Jadi, mana lebih utama? Baiki diri dahulu atau kahwin dahulu?

Dahulu
%d bloggers like this: