Amal Dengan Ilmu

Amal Dengan Ilmu

Keutamaan

Tidak terkecuali diri ini. Sungguh kadang kala kita melakukan sesuatu perkara yang mana pada anggapan kita… ia adalah paling tepat dengan kehendak agama. Walhal seringkali ia sedikit lari daripada lunas yang sebenarnya.

Menyusun sesuatu perkara mengikut keutamaan amatlah penting untuk menjadi sebab hidup yang kita lalui ini lebih bermakna. Apa tidaknya, apabila kerap juga kita tersilap menilai perkara-perkara ruting harian dengan nilai keutamaan yang sewajarnya.

Berapa ramai antara kita yang masih lagi berjalan kaki untuk ke masjid agar pahala daripada tiap-tiap langkah itu mampu menjadi sahamnya nanti. Namun yang menyedihkan apabila mereka terkadang tidak sempat untuk takbir yang pertama bersama-sama imam. Ada juga menyebabkan mereka tertinggal sebahagian kuliah maghrib akibat mengejar pahala setiap langkah tadi.

Jadi sekarang mana yang lebih utama? Adakah berjalan kaki ke masjid yang lebih utama (sedangkan ia mempunyai kenderaan), atau mendapat takbiratulihram bersama-sama imam itu yang lebih utama?

Bukankah majlis ilmu yang disertai para malaikat itu lebih utama. Benarlah kata-kata, beramal dengan ilmu itu lebih utama daripada beramal tanpa ilmu dengan kelebihan yang berganda-ganda.

laluan yang mana??

Sejarah sebagai teladan dan pedoman.

Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah s.a.w melihat seseorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila melihat keadan itu maka Baginda bertanya, “Mengapa dengan orang ini?”. Dua anak itu berkata, “Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki.” Rasulullah berkata, “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya.” Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, “Kamu datang dengan apa?” Anak murid itu berkata, “Saya berjalan kaki.” Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata : “Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya.”

Semoga bermanfaat.

%d bloggers like this: