Mas Kahwin Yang Ringan

Mas Kahwin Yang Ringan

Kini, seolah-olah menjadi kebiasaan pada masyarakat umum, mengenakan kadar maskahwin yang tinggi ataupun hantaran yang tidak terpikul oleh bakal suami. Rata-rata antara kita sudahpun mengetahui nilai-nilai hantaran yang berbeza mengikut negeri contohnya. Bukankah hal ini bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w?

Mana perginya kemegahan kita untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w dan seluruh ajarannya? Kebahagiaan datang dari Allah yang Maha Penyayang dan bukannya daripada harta benda?

Kita yakin bahawa bakal isteri tidak mengingini hal ini, namun desakan demi desakan diterima oleh bakal isteri, terutamanya daripada pihak keluarga sendiri. Kita juga pernah mendengar, separuh agama telah diselesaikan apabila seseorang itu berkahwin. Maka mengapa kita memberat-beratkan hal ini dengan adat-adat yang kadang-kadangnya biadap.

Mahukah kita meletakkan adat lebih tinggi daripada agama?

mas kahwin yang ringan

Mas Kahwin Yang Ringan

Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya wanita yang paling baik adalah yang paling ringan maskahwinnya”

(Hadith diketengahkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya)

Islam amat mementingkan soal wasatiah iaitu kesederhanaan. Memasukkan hal-hal yang memberatkan dan hal yang berlebih-lebih itu adalah perbuatan yang menyimpang daripada agama.

Firman Allah dalam surah al Hajj ayat 78

“Allah sama sekali tidak mewajibkan hal-hal yang berat atas kamu dalam hal-hal agama”

Khalifah Umar al Khattab berkata:

“Janganlah kamu meminta maskahwin yang terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu, kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau menikahkan puterinya , dengan maskahwin lebih dari empat dirham. Jika kamu beranggapan bahawa maskahwin yang tinggi itu merupakan suatu kemuliaan di dunia atau dipandang sebagai ketakwaan di akhirat, maka sayugialah kamu mengikuti jejak baginda Rasulullah s.a.w.”

Read More Read More

%d bloggers like this: